top of page

Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD)


Hand foot mouth disease cartoon

Hand foot mouth disease presentation

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) adalah jangkitan virus ringan yang mudah merebak kepada kanak kanak berusia 10 thahun ke bawah


Tabiat si kecil yang suka memasukkan setiap benda ke dalam mulut boleh meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD).


Bagaimana penyakit tangan kaki dan mulut HFMD menular?


Virus adalah penyebab HFMD dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71. Tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari dan masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul Virus-virus ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis, serta di dalam lepuh berair (blister) yang terbentuk pada tangan dan kaki.

Ia boleh merebak melalui:

  • Cecair daripada lepuh Rembesan daripada hidung atau cecair tekak

  • Air liur

  • Najis

  • Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin

Situasi tersebut menjadikan HFMD mudah merebak di kalangan kontak rapat.

HFMD sering dikaitkan dengan kanak kanak hakikatnya, ia turut boleh menjangkiti individu dewasa dan menularkan virus kepada yang lain.


Simptom


Symptom HFMD

Kriteria HFMD ialah ruam/lepuh(blister) pada tangan termasuk tapak tangan, kaki termasuk tapak kaki dan mulut. 90% pesakit mempunyai ulcer/luka yang menyakitkan di dalam mulut.


Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti, luka/ulcer menyakitkan akan muncul pada dalam mulut atau tekak.


Kemudian ruam akan timbul pada tangan, kaki serta mulut dalam masa 1 atau 2 hari.

Majoriti kes mengalami gejala ringan dan sembuh dalam masa 5-7 hari.


Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Kes HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis.


Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut


Walaupun terdapat virus berbeza yang menyebabkan HFMD, tetapi TIADA rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejalanya. Ubat ubatan yang diberikan adalah bagi melegakan simptoms. Paracetamol bagi menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan. Antibiotic tidak diperlukan.


Pastikan pengambilan air yang mencukupi. Anak anak berpotensi untuk menolak makanan dan minuman ketika ini kerana ulcer/luka di mulut yang menyakitkan.


Berikan mereka jus/susu/sup/ bubur/ makanan separa pepejal yang mudah ditelan Bagaimanapun ibu bapa harus memantau anak anak jika terdapat gejala gejalan seperti di bawah perlu segera dibawa ke hospital berhampiran.

  1. Demam panas berpanjangan

  2. Kelesuan dan tidak aktif

  3. Menolak makanan dan minuman, kencing berkurang

  4. Nafas laju

  5. Muntah berterusan

  6. Sawan


Langkah mencegah penyakit tangan kaki dan mulut HFMD


Bagi mencegah penularan jangkitan HFMD ini, ibu bapa dan penjaga dinasihat untuk mengamalkan kebersihan tangan yang baik, terutamanya jika terdapat anak yang menghidap HFMD seperti:

  • Membasuh tangan dengan kerap

  • Sentiasa lap peralatan rumah dengan pembasmi kuman

  • Elakkan berkongsi makanan atau perkakasan

  • Tidak menyentuh mata atau hidung

Bagi anak yang dijangkiti, disarankan untuk berehat di rumah bagi mencegah penyebaran jangkitan.


Prevention hand foot mouth disease
Pencegahan HFMD

Pernahkah anak anda mengalami Hand Foot Mouth Disease (HFMD)?

  • YA

  • TIDAK

  • TIDAK PASTI



12 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page