top of page

Influenza

Apakah influenza?


Influenza disebabkan virus Influenza yang mengjangkiti saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.


Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.


Bagaimana cara penularan influenza?


Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan saluran pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.


Golongan berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza ?


  • Kanak-kanak bawah 5 tahun

  • Wanita hamil

  • Warga emas 65 tahun dan ke atas

  • Pesakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma)

  • Obes

  • Rendah daya tahan badan (kanser, HIV, rawatan kemoterapi)


Influenza Compared to Flu

Coughing and Sneezing Etiquette

Langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan


1.Sekiranya mengalami gejala demam dan batuk, segera dapatkan rawatan

2. Pakai penutup hidung jika berada di tempat awam

3. Basuh tangan dengan air dan sabun selepas batuk atau bersin, selepas menyentuh hidung, mulut atau mata. Cecair hand sanitizer juga boleh digunakan.

4. Pastikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik dalam rumah dan tempat kerja.

5. Elakkan berada di tempat tumpuan orang ramai.

6. Tutup hidung atau mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.

7. Ambil vaksin influenza setiap tahun


Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala influenza, boleh datang ke Klinik Radia, bagi mendapatakan rawatan dan juga utk mendapatkan vaksin influenza!


Yearly Influenza Vaccine








279 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page