top of page

Diet untuk Pesakit Gout: Mengelakkan Serangan dengan Pemakanan yang Betul

Updated: Apr 17



Gout Diet Rendah Purine
Diet Rendah Purine

Simptom Gout: Tanda-tanda dan Cara Penjagaan


Tanda-tanda gout termasuk sakit pada sendi, terutamanya di sendi ibu jari kaki, lutut, dan pergelangan kaki. Bahagian yang sakit juga akan bengkak, dan keradangan juga berlaku.


Prinsip Asas Diet untuk Pesakit Gout:

  1. Penurunan Berat Badan: Berlebihan berat badan meningkatkan risiko gout. Penurunan berat badan membantu menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout, serta mengurangkan tekanan terhadap sendi.

  2. Karbohidrat Kompleks: Pilih buah-buahan, sayur-sayuran segar, dan bijirin penuh sebagai sumber karbohidrat kompleks.

  3. Elakkan Makanan Tinggi Fruktosa: Hindari makanan dan minuman yang mengandungi sirap jagung tinggi-fruktosa, serta batasi jus buah-buahan manis secara semulajadi.

  4. Minuman: Pastikan kecukupan hidrasi dengan minum banyak air kosong.

  5. Lemak: Kurangkan lemak tepu dari daging, daging terproses, lemak ayam/itik, dan produk tenusu tinggi lemak.

  6. Protein: Pilih daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, dan kekacang sebagai sumber protein.

Saranan Makanan dan Suplemen Khusus:

  • Elakkan organ dalaman, daging merah, dan makanan laut tinggi purin.

  • Sayur-sayuran tinggi purin seperti bayam, asparagus, dan bunga kobis boleh dimakan dengan berhemah.

  • Batasi atau elakkan alkohol dan makanan manis bergula.

  • Pertimbangkan suplemen 500 mg vitamin C dan konsultasikan dengan doktor atau pegawai dietetik.

Cara Menurunkan Asid Urik Lain:

Selain dari aspek diet, beberapa langkah lain boleh membantu:

  • Minum lebih banyak air kosong.

  • Tinggalkan tabiat buruk seperti alkohol, rokok, atau dadah.

  • Menjaga berat badan ideal.

  • Mengelakkan stres dan masalah emosi.



Gout from high purine foods
Gout from high purine foods


Apakah yang menjadi prinsip asas dalam diet bagi pesakit gout berdasarkan panduan di atas?

  • Meningkatkan pengambilan lemak tepu

  • Mengurangkan berat badan secara berlebihan

  • Meminum banyak air bergula

  • Memakan makanan laut tinggi purin


Jika anda masih ragu-ragu tentang apa-apa cara, ubatan dan makanan yang dapat menurunkan asid urik dalam tubuh badan, segera jumpa doktor di Klinik Radia, Bukit Jelutong, Shah Alam. Kami boleh membantu merawat penyakit anda.





6,390 views0 comments

Recent Posts

See All

댓글


bottom of page