Vitamin D Penting atau Tidak? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu
- Dr Athirah Khalid
- 3 days ago
- 2 min read

Vitamin D Penting atau Tidak?
Vitamin D memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan. Ia bukan sahaja penting untuk tulang dan otot, malah membantu meningkatkan sistem imuniti serta menyokong tumbesaran kanak-kanak.
Bagi ibu hamil, Vitamin D membantu mengurangkan risiko keguguran di awal kehamilan serta mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat badan. Ia juga penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi.
Jenis Vitamin D
Terdapat dua jenis utama Vitamin D:
Vitamin D2 (ergocalciferol)
Diperoleh daripada tumbuhan dan makanan seperti cendawan yang terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin D3 (cholecalciferol)
Dihasilkan oleh badan apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari, terutamanya pada waktu pagi.
Kedua-dua jenis ini juga boleh didapati dalam bentuk suplemen.
Siapa Berisiko Kekurangan Vitamin D?
Antara golongan berisiko termasuk:
Kurang terdedah kepada cahaya matahari
Penggunaan sunscreen SPF30 (boleh mengurangkan penyerapan sehingga 99%)
Umur lebih 65 tahun
Obesiti (BMI >30)
Individu berkulit lebih gelap
Simptom Kekurangan Vitamin D
Walaupun Malaysia negara tropika, ramai masih mengalami kekurangan Vitamin D
Antara simptom:
Mudah letih dan lesu
Kebas atau semut-semut
Sakit sendi dan tulang
Otot lemah
Tulang rapuh
Gangguan mood

Cara Rawatan Kekurangan Vitamin D
Dapatkan cahaya matahari
Sekitar jam 9 pagi – 11 pagi, 2–3 kali seminggu
Ambil makanan tinggi Vitamin D
Ikan berlemak (salmon, sardin)
Kuning telur
Ambil suplemen Vitamin D
Jika perlu, atas nasihat doktor
Pemeriksaan di Klinik Radia
Jika anda ingin mengetahui tahap Vitamin D anda, anda boleh datang ke Klinik Radia untuk:
Pemeriksaan darah Vitamin D
Konsultasi doktor
Rawatan lanjut
Selain itu, di Klinik Radia juga kami boleh melakukan X-ray untuk mengesan masalah tulang atau risiko patah tulang, sekiranya berkaitan dengan kekurangan Vitamin D.
Nak tahu tahap Vitamin D anda?
Datang ke Klinik Radia untuk pemeriksaan darah dan konsultasi doktor hari ini.
Comments