top of page

KITARAN HAID ANDA TIDAK TERATUR: Punca, Kesan, dan PCOS

APA YANG ANDA PERLU TAHU?

Adakah normal bagi seseorang untuk mempunyai kitaran haid yang berbeza, contohnya kurang daripada 24 hari atau lebih daripada 38 hari? Ini dipanggil sebagai irregular menses

Banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah ini terjadi, ini termasuk stress, ubatan luar, keadaan mental dan juga fizikal seseorang.


KENAPA BOLEH BERLAKU?


Hormon seperti estrogen, progesterone, and follicle-stimulating hormon merupakan hormon yang diperlukan untuk mengawal kitaran haid. Hormon ini boleh terjejas dan mengganggu kitaran haid yang normal.


Sekiranya masalah irregular menses ini berlaku sekali sekala, ini boleh disebabkan daripada faktor seperti perubahan natural, pil perancang, stress atau senaman yang agresif.


Namun begitu, keadaan ini juga boleh disebabkan daripada keadaan masalah yang lebih serious. Antara masalah yang sering terjadi kepada para wanita yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur adalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).


APAKAH SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)?

Polycystic Ovarian Syndrome Pictures

Ia adalah satu keadaan dimana terdapat banyak sista kecil (follicles) tersusun di dalam ovari seseorang dan hanya dapat dilihat dengan bantuan imbasan ultrasound. Fenomena ini berlaku pada 20% wanita yang normal. Bukan semua wanita yang mempunyai ovari polisistik mengidap PCOS (hanya melibatkan 6-7%).


PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Pengidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism (sila lihat hirsutism); rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.

Kebanyakan wanita PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang. Oleh itu, mereka perlu menjalani saringan diabetes (kencing manis), tekanan darah dan kolesterol. PCOS juga boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar, akan tetapi ada ubat-ubatan kesuburan yang boleh membantu masalah ini.

PENYEBAB

Punca PCOS masih belum diketahui. Wanita PCOS mempunyai tahap hormon-hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi yang boleh mengganggu fungsi normal ova (telur).

Jika imbasan ultrasound dilakukan pada wanita PCOS, beberapa sista kecil (4-9 mm) dapat dilihat di dalam ovari.

Sista kecil ini adalah folikel kecil (yang di dalamnya terkandung telur) yang tidak mampu berkembang kepada saiz yang akan mencetuskan ovulasi. Akibatnya, kadar estrogen, progesterone, LH, dan folikel merangsang hormon (FSH) menjadi tidak seimbang. Ini adalah antara penyebab phenomena PCOS.

Insulin adalah hormon yang mengawal tahap glukosa (sejenis gula) dalam darah. Wanita PCOS mungkin tidak bertindak balas terhadap insulin (dikenali sebagai rintangan insulin) dan ini boleh menyebabkan tahap glukosa menjadi tinggi di dalam darah. Untuk mengatasi masalah ini, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin. Tahap insulin yang tinggi inilah boleh menyebabkan pertambahan berat badan.


GEJALA (SIMPTOM)

Gejala PCOS mungkin berbeza-beza. (di antara ringan dengan lebih teruk). Simptom PCOS termasuk

  1. Kitaran haid: yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali,

  2. Hirsutism: mempunyai banyak bulu di muka atau badan yang lebih dari biasa (lihat hirsutism)

  3. Kehilangan rambut di kepala.

  4. Obesiti.

  5. Jerawat atau kulit muka berminyak.

  6. Kemurungan atau berubah suasana hati (mood)

Polycystic Ovarian Syndrome Sign and Symptoms

DIAGNOSIS

Diagnosa PCOS biasanya dibuat apabila wanita itu mempunyai mana-mana dua daripada tiga yang berikut.

  1. Haid: tidak teratur/ jarang atau tidak ada period.

  2. Hormone lelaki (androgen) tinggi: bulu badan dan di muka yang lebih daripada biasa. Ujian darah yang menunjukkan kadar testosteron yang lebih tinggi dari wanita biasa.

  3. Imbasan ultrasound yang menunjukkan ovari polisistik.

Discovering PCOS through Ultrasound Examinations
Discovering PCOS through Ultrasound Examinations

BILAKAH SAYA HARUS BERJUMPA DOKTOR?


Jika anda mengalami mana-mana simptom yang disenaraikan di atas atau mungkin terlintas pelbagai persoalan, sila berunding dengan doktor segera.

Di Klinik Radia , kami menyediakan perkhidmatan ultrasound, blood tests dan juga khidmat rundingan bagi menyelesaikan permasalahan anda.

Apa tunggu lagi, segera datang ke klinik kami secara walk-in atau boleh membuat temu janji.



RUJUKAN

  1. http://www.myhealth.gov.my/sindrom-ovari-polisistik-pcos/

  2. PCOS, what it means for your long-term health. The Royal College of Obstetricians and Gynaecologist, UK 2009.



Dr Athirah binti Khalid

Doktor Residen Klinik Radia




Adakah artikel ini membantu anda memahami tentang "Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)" ?

  • Ya

  • Tidak





487 views0 comments
bottom of page